Inilah pasangan pengantin aku yang pertama. Jika Sebelum ini aku hanya mengikut di belakang fotografer2 yang lebih senior, tugasan kali ini terletak sepenuhnya di atas bahu aku sendiri.
Gusar yang melanda menyebabkan aku hampir2 tak dapat tidur di malam sebelumnya…
Majlis perkahwinan Wan & Ieka dilangsungkan di Dewan Mahkamah Syariah Ipoh. Aku yang kekurangan peralatan agak sangsi dengan kemampuan dslr D40 milik aku untuk sessi penggambaran secara indoor. Walaubagaimanapun dengan dorongan rakan2 fotografer dan big boss Abby Catering, Encik Aminuddin, aku mengambil keputusan untuk melakukan yang terbaik.
Sedikit petikan gambar2 dari majlis perkahwinan tersebut..





Alhamdulillah, dengan kerjasama kedua pengantin, dapat juga aku menyelesaikan tugas mengambil gambar dengan sempurna.
Sebagai job pertama aku bergerak secara indipenden, aku sedar banyak lagi kelemahan dari segi teknik dan komposisi. Insyaallah dari masa ke semasa, aku akan perbaiki kelemahan-kelemahan tersebut, demi untuk kepuasan aku sendiri dan juga para pelanggan yang memberi kepercayaan kepada aku.
Juga tak lupa, terima kasih kepada rakan2 fotografer pro yang memberi galakan dan juga tips2 yang sangat penting terutama dari segi setting kamera untuk penggambaran di dalam dewan.
Yosh!