Majlis Perkahwinan & Resepsi Saiful & Rozi Di Taman Lapangan Permai, Gunung Rapat.

Sekali lagi secara terkejut-tergempar aku diberi job yang membuatkan aku susah hati. Tapi syukur hasil akhirnya berjaya menambat hati ibu pengantin lelaki.

Majlis resepsi di rumah Saiful bermula pada jam 8 malam dengan kehadiran para jemputan. Untuk sessi kali ni aku ditemani oleh sorang videografer otai. So, secara x langsung dapatlah aku tumpang sekaki spotlighting beliau. Cuma, yg tak bestnya…kadang2 pencahayaan dari spotlight ni agak terang dan kasar..

Cukup di sini bebelanku. Teruskan melayani paparan kali ini. Enjoy!

DSC_3418

DSC_3463

DSC_3603

DSC_3543

DSC_3546

DSC_3731

DSC_3721b

Majlis Perkahwinan Wan & Ieka, Ipoh

Inilah pasangan pengantin aku  yang pertama. Jika Sebelum ini aku hanya mengikut di belakang fotografer2 yang lebih senior, tugasan kali ini terletak sepenuhnya di atas bahu aku sendiri.

Gusar yang melanda menyebabkan aku hampir2 tak dapat tidur di malam sebelumnya…

Majlis perkahwinan Wan & Ieka dilangsungkan di Dewan Mahkamah Syariah Ipoh. Aku yang kekurangan peralatan agak sangsi dengan kemampuan dslr D40 milik aku untuk sessi penggambaran secara indoor. Walaubagaimanapun dengan dorongan rakan2 fotografer dan big boss Abby Catering, Encik Aminuddin, aku mengambil keputusan untuk melakukan yang terbaik.

Sedikit petikan gambar2 dari majlis perkahwinan tersebut..

introd

entran

wanieka002

wanieka003

003

DSC_2982Alhamdulillah, dengan kerjasama kedua pengantin, dapat juga aku menyelesaikan tugas mengambil gambar dengan sempurna.

Sebagai job pertama aku bergerak secara indipenden, aku sedar banyak lagi kelemahan dari segi teknik dan komposisi. Insyaallah dari masa ke semasa, aku akan perbaiki kelemahan-kelemahan tersebut, demi untuk kepuasan aku sendiri dan juga para pelanggan yang memberi kepercayaan kepada aku.

Juga tak lupa, terima kasih kepada rakan2 fotografer pro yang memberi galakan dan juga tips2 yang sangat penting terutama dari segi setting kamera untuk penggambaran di dalam dewan.

Yosh!

Majlis Pertunangan Di Kuala Kangsar

Ini sekadar petikan hasil2 kerja satu ketika dulu. Dijemput seorang rakan, aku yang sudah menjadi kebiasaan mengusung set kamera & videocam tiba2 diajak untuk merakamkan detik2 indah pertemuan sepasang remaja…

001

002

Assalamualaikum Dunia!!

Selamat Datang ke blog page memento + photograffiti .

Di sini dipaparkan serba sedikit hasil kerja kami sepanjang tugasan-tugasan merakamkan majlis-majlis perkahwinan sekitar Taiping & Ipoh.

InsyaAllah blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk menunjukkan perkembangan kami sebagai jurufoto majlis perkahwinan.

Enjoy!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.